SESUNGGUHNYA WANITA ITU MUTIARA



Seorang lelaki perlu menyelam jauh ke dasarnya untuk mendapatkan kecantikan sesungguhnya. Kerananya, melihat dengan tanpa membuka tabir hatinya nescaya hanya walau sesaat yang seringkali mampu mengelabui mata.
Dan tentu untuk itu, lelaki tersebut harus memiliki bekal yang cukup sehingga layak untuk mendapatkan mutiara indah itu.

 

Wanita itu merupakan separuh dari jiwa yang hilang.
Maka seorang lelaki harus mencarinya dengan saksama, memilihnya dengan teliti,melihat dengan hati-hati sebelum menjadikannya pasangan jiwa.
Kerana jika salah, ia tidak akan menjadi sepasang jiwa yang sesuai
menghasilkan bunga-bunga cinta, melainkan noktah merah menyamai pertikaian dan pergaduhan.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.
Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.
Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan kepada Alloh ataupun kepada keluarga.
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Tak tidak rentan dimakan oleh waktu dan zaman.

Semarak cahaya kecantikan para wanita sesungguhnya tersembunyi dalam pribadinya masing-masing.
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan sesungguhnya ia tidak akan pernah berjalan sendirian.

Namun sikap yang tepat dan bijak harus diberikan seorang lelaki mengingat
wanita itu terbuat dari tulang rusuk yang bengkok, yang apabila terdapat
kesalahan padanya, lelaki harus berhati-hati meluruskannya.
Terlalu keras akan mematahkannya, dibiarkan juga salah kerana akan tetap pada kebengkokannya. itulah rahasia wanita yg sesungguhnya.

Komentar

Postingan Populer