Cinta pada yang selayaknya
“
Demi Allah, yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidak dianggap beriman
seseorang daripada kamu, sehingga akulah yang menjadi lebih dicintai
olehnya lebih darinya dirinya sendiri dan lebih daripada cintanya kepada
ayahnya, anak-anaknya dan orang-orang seluruhnya.”
[ Riwayat Bukhari]
Cinta Harus Membuahkan Kebaikan..
Cinta
adalah irama kehalusan. Cinta bagi jiwa bagaikan makanan untuk badan.
Bila tidak makan, kita pasti dalam bahaya,. Jika terlalu banyak, makanan
akan membunuhmu.
Sesungguhnya
, dalam cinta itu ada nikmat dan sekaligus sengsara kerana itu, tiada
hidup yang baik tanpanya. Hidup bersama yang dicintai, membuat kita
berasa lebih baik. Dengan hati yang bersih, akan meningkatkan kemuliaan
cinta kita. Cintailah dengan hati yang iffah (kesucian dan pemeliharaan), maka kita akan memperoleh kelazatannya.
Cinta
itu mempunyai dua faktor yang mendorongnya, iaitu keindahan dan
keagungan. Allah amatlah sempurna mengenai perkara ini. Sesungguhnya,
Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Bahkan, segala keindahan di
muka bumi ini adalah milik-Nya.
Cinta Kerana Apa?
Persahabatan
yang istimewa berasal daripada kecintaan. Setiap pasangan yang bersama
juga diijabkabulkan atas dasar cinta. Tidak akan wujud persahabatan dan
perkahwinan kecuali dengan cinta. Sebaliknya, permusuhan berasal
daripada sifat benci. Oleh itu, kita haruslah bersahabat dan bersama
hanya kerana kita cinta kepada mereka kerana Allah. Allah menjadi
penolong yang membantu kerana kecintaan-Nya. Sesungguhnya, Allah akan
mencintai hamba-Nya sesuai dengan kecintaan hamba terhadap-Nya.
Kita
juga tidak boleh menyamakan cinta kepada Allah dengan cinta kepada
perkara atau makhuk yang lain . Allah amat mencela orang yang bersifat
begini.
“
Dan diantara manusia ada yang menjadikan selain Allah sekutu-sekutu
yang mereka cintai seperti mereka mencintai Allah. Sedang orang-orang
yang beriman lebih mencintai Allah.”
( Al-Baqarah : 165)
Cinta
yang halus, yang dapat menenangkan jiwa, meringankan beban kewajipan,
membuat yang penakut menjadi berani dan meluruskan hidup. Cinta inilah
yang menyinari wajah, melegakan dada, menghidupkan jantung dan memegang
kalam Allah. Maka sesungguhnya, tanda-tanda daripada cinta kepada Allah,
dan jika ingin mengetahui apa yang ada pada diri saudara dan orang
lain, lihatlah kecintaan kita terhadap al-Quran.
Cinta kepada wanita ada tiga jenis:
Pertama:
Qurbah (mendekat) dan taat, iaitu mencintai isterinya, kecintaan ini
adalah cinta yang berfaedah. Cinta yang mendorong kepada maksud dan
tujuan yang disyariatkan oleh Allah, yakni dangan nikah dengan perempuan
itu. Perkata ini lebih menjaga pandangan daripada wanita lain.
Kedua:
Cinta yang dibenci oleh Allah daripada rahmatnya. Cinta ini amat
berbahaya bagi manusia, agama dan dunianya. Contonya cinta kepada
pondan. Cinta inilah yang telah menjerumuskan kaum Luth. Ubat dari
penyakit ini ialah meminta pertolongan daripada Allah yang mampu
mengubah hati manusia yang bersandar hanya kepada-Nya. Di juga harus
berfikir akibat yang akan timbul daripada perbuatannya.
Ketiga:
Kecintaan yang mubah ‘ boleh’, iaitu yang berlaku tanpa sengaja,
seperti cinta kepada wanita cantik atau tertarik olenya tanpa tujuan
tertentu. Hatinya terkenang kepanya, namun tidak terjerumus dalam
maksiat. Hal seperti tidak dihukum. Dia wajib menyimpannya dalam hati,
harus iffah dan sabar menghadapi cubaan. Allah akan mengukuhkan
semuanya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik atas
kesabarannya menghadapi hawa nafsu, dan mengutamakan keredhaan Allah.
Source : http://kelab-iqra.blogspot.com/2011/04/cinta-pada-yang-selayaknya.html
Komentar
Posting Komentar